Al-Quran Bahasa Melayu

Untuk mereka yang bertutur dalam Bahasa Melayu, anda kini boleh mempunyai Kitab Suci Al-Quran di telefon bimbit atau tablet anda di dalam Bahasa Melayu sepanjang masa.

Sebagai seorang Muslim, anda harus senantiasa mempunyai senaskah Al-Quran bersama anda. Amalan membaca Al-Quran setiap hari seharusnya menjadi suatu kemestian. Jika anda tidak mempunyai kelapangan untuk duduk di rumah dan membaca Al-Quran dalam bentuk naskah, adalah baik untuk ada mempunyai Al-Quran di dalam telefon pintar atau tablet anda. Anda boleh membaca Al-Quran dalam perjalanan ke tempat kerja atau sekolah, atau ketika anda dalam perjalanan pulang, melancong, berjalan kaki, joging, atau dalam waktu rehat di hari kerja.
malay-quran-1
Aplikasi Al-Quran ini membolehkan anda untuk mempelajari atau membaca Kitab Suci Al-Quran di dalam terjemahan rasmi Bahasa Melayu, meskipun anda berada di luar talian! Ia membolehkan anda untuk mempunyai Kitab Suci Al-Quran bersama anda setiap masa, di mana sahaja anda berada.

Setelah anda memasang aplikasi ini di telefon pintar atau mana-mana peranti mudah alih anda, anda tidak memerlukan sambungan internet untuk menggunakannya. Imbas dan baca Al-Quran di dalam terjemahan Bahasa Melayu di dalam telefon yang senang dibaca, selak halaman mukasurat ke hadapan atau ke belakang dengan mudah, dan rasakan ketenangan jiwa kerana anda kini tahu anda mempunyai Al-Quran yang lengkap di dalam saku anda, tanpa memerlukan sambungan Wifi atau data melalui internet!

Aplikasi Al-Quran di dalam Bahasa Melayu ini kompatibel dengan semua peranti Android. Al-Quran Bahasa Melayu Luar Talian adalah Aplikasi Buku & Bahan Rujukan percuma, mengandungi 114 surah.

https://play.google.com/store/apps/details?id=malay.QURAN

Leave a reply

Your email address will not be published.

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>